21 September, 2011

S.A.B.A.R :)


dearfuturehubby,
sory dh lama xletak kata2 kt sini. internet upgrade so server down for several days =)

nk share pasal tazkirah sabar dgr tadi masa senandung kasih.
byk discussing on definition sabar. secara bahasa sabar tu menahan diri.
ada satu kata2 yg menarik utk dikongsi:

"bila ujian itu melanda, mmg ia ditakdirkan utk berlaku. apa pun kita buat xmampu merubah takdir drpd berlaku. terpulang kepada kita nk sabar menerima atau pun tak. sama ada nk pahala bersabar, dosa mengumpat marah or pukul atau xdpt apa"

dalam alam rumah tangga, bukan sepanjang masa manis. bak kata ustaz hasrizal dlm buku "Aku Terima Nikahnya" rumah tangga dilayari atas dasar cinta dan kasih sayang, tetapi bila saat cinta berkurang, rasa tanggungjawab akan mengambil peranan.
harapannya, walau apa jenis ribut taufan, ribut kecil, angin sepoi2 atau angin ribut tsunami melanda, bersabarlah wahai bakal suamiku. marilah kita bersama2 saling mengingatkan dan saling bersabar atas satu sama lain. jangan diragui keputusan menikahiku, kerana Allah telah menentukan yg terbaik utk kita. insyaAllah..

buku yg SANGAT best =)

17 September, 2011

maafkan sayang, abang

"Lelaki yg Gentleman bukanlah yg m'bukakan pintu kereta utkmu ketika kalian hendak b'dating.. Lelaki yg Romantik bukanlah yg menyanyikan utkmu lagu cinta yg membuatkanmu leka, luluh bersama maruah dan kehormatanmu.. Tetapi lelaki yg Gentleman & Romantik, adalah lelaki yg x akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dgn p'buatan mahupun kata2, sebelum dia mampu bersumpah di depan Allah dan manusia, untuk menjagamu dan zuriatmu sampai ke syurga.."

salam. buat bakal suamiku walau dimana pun kanda berada.
teringin sekali dinda berkongsi dgn kanda satu kata2 yg dinda ambil dari facebook tadi.
tersentap rasa hati, sedih rasanya, luluh hati ini terkenang ketelanjuran diri.
dinda bukan perempuan yg terlalu baik, sering kali kalah dgn hawa nafsu sendiri.
entahkan layak atau tidak dinda bergandingan dgn kanda.

Abang, pertama sekali, maafkan sayang kalau abang bukan yg yg pertama bertakhta di hati.
tapi abang percayalah, walau bukan abang yg pertama, tapi abang mendapat tempat yang istimewa di hati ini. yg belum perlu sayang berikan kepada siapa2.

abang, sekarang sayang punya teman istimewa. ntahla itu abang atau pun tak. walau jauh di sudut hati sayang, sangat berharap itu adalah abang, tapi seandainya abang bukan si dia pun, sayang yang bakal sayang berikan dekat abang lebih dari banyak dari yg pernah sayang beri pada dia.

dah lama sayang kenal dia. dari lepas sekolah smpai sekarang tahun 4 degree. maafkan sayang abang, sayang terlalu mengikut hawa nafsu. sayang terlupakan abang. sayang benarkan dia sentuh sayang tanpa lapik. sedangkan berlapik pun belum tentu abang mahu, inikan pula tnpa lapik. tapi abang jangan risau, cuma sentuh. yang lain2 sayang dh berjanji sayang xkan benarkan dia buat cmtu lagi. sayang nk jaga apa yg ada sekarang, yang berharga utk abang. cuma utk abang. sayang dah insaf, sayang nk balik ke pangkal jalan. sayang nk lupakan semua kisah2 buruk sayang dgn dia.

harapan Sayang utk Abang~
terimalah sayang seadanya sayang. sayang mungkin x sempurna seperti yg abang impikan. 
lupakan segala kisah silam sayang. apa yg penting siapa sayang bila kita mulakan hidup baru kita bersama. siapa sayang semasa kita melalui liku2 kehidupan bersama. dan siapa sayang semasa kita sama2 di syurga sana, insyaAllah. ameen ya rabb~


yang penuh dosa dan kekhilafan;
bakal isterimu~
seindah hiasan adalah wanita SOLEHAH.
sayang akan sedaya upaya menjadi solehah utk abang. masih belum terlambat :'(

buat Bakal Suamiku~



(copy&paste)

Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Bakal suamiku.. Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…
Bakal suamiku.. Maafkan aku kerana jika kau bukan lelaki yang pertama aku makan bersama, berjalan bersama, keluar bersama. Aku terlalu mengikut perasaan, menurut nafsu sendiri. Aku lalai, leka bersama orang lain. Aku tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Sepatutnya hanya kau yang pertama & yang layak buat apa sahaja bersamaku selepas di ijab Kabul nanti.
Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..
My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ’sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

16 September, 2011

Awk bukan mcm mereka kn?


Candle light dinner!!! haha~
tadi g kuar mkn with some friends. suddenly black-out and totally dark.
sebelah meja ktorg mkn ade some guys (ntah dari mana ntah) sibuk tlg suluh2kn ktorg.
xpe, org dh tlg kn. naseb baik tuan kedai berjaya membetulkn keadaan dgn providing us a candle.
dari mula2 diorg dtg lagi diorg dh start kacau. and it getting worse masa ktorg dh nk balik. kecoh2 tnya balik ngn apa, selalu mkn situ ke..seriously MENYAMPAH! 


masa masuk kereta mmg ingt dekat awk. is myfuturehubby are like them?
hope awk bukan mcm mereka. sibuk mngorat2 padahal xtahu pun sapa.
awk mesti xmahu kan saya sibuk gedik2 ngn lelaki yg xkenal. so please awk, jgn jadi mcm diorg okay.
jaga diri awk utk saya. insyaAllah saya akan jaga diri saya utk awk sebaik mungkin.
saya bukan yg terbaik tapi saya cuba jadi yg terbaik utk awk.

teringat qoutes sorg kawan kt status fb tadi:
Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di 
pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!..InsyaAllah


p/s: saya mungkin bukan wanita terbaik di dunia. saya penuh dgn kisah silam, penuh dgn
 kekurangan. tetapi terimalah saya seadanya saya. insyaAllah, saya akan terima awk seadanya awk. saya xkisah nk hidup susah dgn  awk. nk hidup sng dgn awk (lagilah saya sanggup!). :P 


naik gerek sama2 romantik jugak eh? :P

Dont marry the guy u love, love the guy who you marry.

dearfuturehubby: baca la ni

http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/10/surat-cinta-untuk-my-future-wifes.html

nice sgttttttt :P
saya nk awk tau, saya tgh cari awk tau. saya nk jadi yg pertama dan terakhir dlm hidup awk.
tapiiiiiiiiiiiiiiii..
klo awal2 lagi awk dh berangan2 nk pasang byk2..mmg saya cubit smpai lebam2..haha. :D

mmg la poligami tu sunnah Rasulullah, tapi masa Beliau kawen dgn Saidatina Siti Khadijah, sorg je wife dia. xde 2, 3 mahupun 4..sunnah jugak kn? =)

Solat jemaah ~

skrg di Kuala Lumpur dah 4.17 pm
dah azan menandakan masuk waktu asar.
teringin sgt nk solat berimankn awk =)
tapi saya tau sbg lelaki awk kena solat kt masjid. xpe, nnt klo dah kawen tetiba saya halang awk solat kt masjid sbb ngada2 nk jemaah dgn awk, awk ingtkan saya dgn kata2 Rasulullah S.A.W

"Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjemaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)"


kalau kita jaga hubungan kita dgn Allah, Allah akan tlg jaga hubungan kita dua nnt, insyaAllah =)
p/s: myfuturehubby, saya nk rumah tangga yg sentiasa dilimpahi rahmatNya. insyaAllah. solusinya, awk imamkn solat sunat tahajud kita nnt =)

who am i?

siapa aku?
tehoaislimau(bukan nama sebenar)

as in description of this blog clearly stated that i made this blog dedicated for my future husband. previously i used to tweet what are my feeling or my hope to him (esp hope he find me sooon!) haha. tapi bila fikir2, malu la org baca. dhla ramai kwn2 follow my account kan.. :P
so, i've decided to put it in a blog. deep inside my heart, i hope he read this blog. (although i have no idea who is he? is he had access to internet?)  ~harap sgt dia bacaaaaaa..!
but it doesnt mean you, YES YOU! cant read this blog. i've made it publicly, u can share anything if u like. klo benda baik xsalah kn sebar2kan. dapat jugak saham pahala sbg author yg menulis rite? hehe.

klo bnda buruk tu, buat2 xtau je la.. okay!
saya insan biasa yg sedang bergelut utk menjadi yg lebih baik drpd semalam. walau sering tewas, saya akan berusaha utk bangun kembali. insyaAllah..

p/s: myfuturehubby, i miss you :(