Izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut hati ini tersasar dari landasan cintaNya. Izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut menaruh harapan pada sesuatu yang tak pasti. Izinkan aku mengundur diri, kerana aku tahu diri aku tidak setanding kamu. Aku tahu tahap imanku, namun aku tidak tahu tahap iman kamu. Hati kita Allah yang punya, hati kita biar Allah yang jaga. Cukuplah aku menyayangi kamu sebagai sahabat..izinkan ku~
sayang, 5 tahun menyulam kasih. akhirnya dgn petunjuk Allah terlerai juga ikatan ini. Alhamdulillah Allah masih sayangkan kita. mahu kita kembali padaNya walau atas segala kesalahan yg telah kita lakukan. perit? ntahla. kurang pasti akan perasaan sndiri.
tapi aku yakin sayang, kita mengambil keputusan ini atas nama Islam. kita hmba, siapa kita utk menidakkan hukum Allah. andai engkau yg terbaik utk diriku, agamaku, masa sekarangku, masa depanku dan akhir hidupku. insyaAllah Allah akan mudahkan perjalanan kita. tetapi andai tidak, semoga kita dielakkan dari satu sama lain. apa la sgt nikmat yg kita hirup sementara di dunia andai mahu dibandingkan dgn seksa akhirat yg menanti andai kita menentang kata2 Allah.
aku xtahu apa yg kamu rasa, aku sendiri kurang pasti apa yg aku rasa. tetapi aku yakin dgn Allah. Dia akan menjawab segala persoalan kita satu hari nnt. semoga Allah redha~ maafkan salah silap, halalkn makan minum selama 5 tahun ini. bersabarlah
p/s: Al-Quran, love letter from Allah :)
No comments:
Post a Comment