18 November, 2011

erti sebuah PERKAHWINAN

salam.
meniti usia awal 20-an, topik paling hangat di bincangkan adalah kawen, nikah n etc.
sejujurnya dulu, cetek betul pemikiran. (xmatang katanya, konon!)
perkahwinan padaku adalah salah satu episod dlm hidup yang semua org akan lalui.
kita baby, kanak2, pegi sekolah, masuk universiti, jumpa org kita suka, kawen, kerja, ada anak, ada cucu dan mati. eh, dh habes dh hidup.
tapi sebagai seorang Muslim, tnpa aku sedar hidup kita di dunia hanya sementara. xkan aku nk hidup tnpa arah tujuan. just go witth the flow bak kata pepatah mat salleh.
Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan."

(Surah Al-An'am: 32)


Hidayah milik Allah; bukan tiada tarbiyah yg diterima selama ini. banyak sgt! tazkirah, ceramah, artikel2 yg bertebaran di fesbuk, usrah di rumah, etc..
bukan xde niat utk berubah, byk kali sgt niat tu muncul. acap kali cuba bgn, sering tersungkur jatuh..
teringat kata2 satu ni:

tidak mengapa sering kali jatuh bila cuba utk bangun (kembali ke pangkal jalan), asalkan tidak sekali jatuh dan xmahu bangun2 kembali.


satu hari aku tersedar, erti sebuah hidup. Dan erti aku pada sebuah ikatan yg dinamakan Perkahwinan turut berubah.

kalau dulu aku melihat perkahwinan sekadar penyatuan 2 insan yg berkasih sayang, satu penyatuan yg menghalalkan apa yg haram. ckup sekadar itu. ntah~
 tapi kini baru aku sedar, perkahwinan bukan sekadar itu. ia adalah ibadah, utk melengkapkn sebahagian daripada agama.

hadis Rasulullah s.a.w:
"Apabila telah berkahwin seseorg hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh dari agamanya. maka bertaqwa dia kepada Allah pada separuh yg belum disempurnakan lagi"

kalau dulu saya sering tertanya2, cemana ye nk bercinta kerana Allah? skrg rasanya mungkin jawapan yg dicari tidaklah tepat mana tapi insyaAllah mampu utk guide agar tidak terjebak kali ke2 ke lembah yg salah.
bila kita mencintai dia kerana Allah, baik atau buruk kita terima dgn redha sbb dia yg Allah tetapkan utk kita.
Dia yg Allah hantar yg terbaik utk kita, redha dgn ketentuan Allah.

bak kata ust Hasrizal
"melihat perkahwinan sebagai medan utk menerima menjadikan kita sering gelisah dan meminta2. tetapi jika melihat perkahwinan sebagai medan utk memberi akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan bukan hak yg tidak berkesudahan"

tapi berjalan2 di blog membaca nukilan2 org, tertearik satu ayat ni: walau serapi mana pun persiapan yg kita lakukan ujian Allah dtg tanpa kita duga. beramal soleh lah sentiasa semoga dipermudahkan Allah dlm mengharungi ombak laut perkahwinan. :)

p/s: alhmdulillah Allah membuka pintu hati ini utk melihat sesuatu yg dahulu aku sering kabur atau buta dalam melihat. ada hikmah perpisahan ini~ mencelikkan dan membuta mata hati yg sering kali lalai.

~semoga Allah redha~ =)

01 November, 2011

yay! cincin kawen..~

asigment bersepah2. tapi malasnya :P
hehe..google gmbr cincin..
well, this is my suggestion as our rings nanti (xtau la nanti tu bila, insyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya.ameen~) :D

luar nmpk simple je, tp dlm sgt sweet ada nama kita 2 terukir :) saya xsuka yg complicated sgt~
not sure la u'll like it or not. tapi cantik jugak corak tu. xde la plain sgt (in case awk xberkenan  yg 1st tadi)
:D
mungkin org akan mengata alaaa..asal xde permata?
tapi sapa kisah apa depa nk ckp kn? bukan depa pun yg nk pakai..saya xprefer yg permata sbb saya ni cuai (ok, ur future wife mmg xcermat..huuu~)
then, saya xprefer emas sgt. platinum will be nice. tapi serius mahal giler. so, jom start kumpul duit dari skrg. hehe..~
hmm,, saya ckp utara ni mcm la awk faham. xpe, saya xksah pun awk org mana. utara bagus, non-utara pun xpa. sama ja kita semua di sisi Allah., yg beza cuma iman dan taqwa kita kepadaNya :D

p/s: entry mengarut sbb malas nk buat asgment :P

i leave him for sake of Allah

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti
Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]
usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~


sumber: iluvislam

putus CINTA manusia tidak mengapa..

sbb Allah  masih ada~
berdoalah agar hati kita yg selama ini dihijab dari merasai nikmat cinta Allah dpt merasa kembali cintaNya.
berdoalah agar Allah yg Maha membolak-balikkan hati manusia tidak memesongkan hati kita dari jalanNya.
jgn menyesal dgn apa yg berlaku. jgn mengeluh dgn nasib diri. tidak redhakah kita dgn Ujian Allah?


p/s: saya yakin dgn istikarah saya. saya yakin dia bukanlah awk yg selama in saya cari. Allamdulillah, walau pahit namun pasti ada hikmah yg tersembunyi. saya serahkan semuanya kepada Allah. semoga saya bertemu awk yg sebenarnya awk suatu hari nanti. insyaAllah..