18 November, 2011

erti sebuah PERKAHWINAN

salam.
meniti usia awal 20-an, topik paling hangat di bincangkan adalah kawen, nikah n etc.
sejujurnya dulu, cetek betul pemikiran. (xmatang katanya, konon!)
perkahwinan padaku adalah salah satu episod dlm hidup yang semua org akan lalui.
kita baby, kanak2, pegi sekolah, masuk universiti, jumpa org kita suka, kawen, kerja, ada anak, ada cucu dan mati. eh, dh habes dh hidup.
tapi sebagai seorang Muslim, tnpa aku sedar hidup kita di dunia hanya sementara. xkan aku nk hidup tnpa arah tujuan. just go witth the flow bak kata pepatah mat salleh.
Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan."

(Surah Al-An'am: 32)


Hidayah milik Allah; bukan tiada tarbiyah yg diterima selama ini. banyak sgt! tazkirah, ceramah, artikel2 yg bertebaran di fesbuk, usrah di rumah, etc..
bukan xde niat utk berubah, byk kali sgt niat tu muncul. acap kali cuba bgn, sering tersungkur jatuh..
teringat kata2 satu ni:

tidak mengapa sering kali jatuh bila cuba utk bangun (kembali ke pangkal jalan), asalkan tidak sekali jatuh dan xmahu bangun2 kembali.


satu hari aku tersedar, erti sebuah hidup. Dan erti aku pada sebuah ikatan yg dinamakan Perkahwinan turut berubah.

kalau dulu aku melihat perkahwinan sekadar penyatuan 2 insan yg berkasih sayang, satu penyatuan yg menghalalkan apa yg haram. ckup sekadar itu. ntah~
 tapi kini baru aku sedar, perkahwinan bukan sekadar itu. ia adalah ibadah, utk melengkapkn sebahagian daripada agama.

hadis Rasulullah s.a.w:
"Apabila telah berkahwin seseorg hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh dari agamanya. maka bertaqwa dia kepada Allah pada separuh yg belum disempurnakan lagi"

kalau dulu saya sering tertanya2, cemana ye nk bercinta kerana Allah? skrg rasanya mungkin jawapan yg dicari tidaklah tepat mana tapi insyaAllah mampu utk guide agar tidak terjebak kali ke2 ke lembah yg salah.
bila kita mencintai dia kerana Allah, baik atau buruk kita terima dgn redha sbb dia yg Allah tetapkan utk kita.
Dia yg Allah hantar yg terbaik utk kita, redha dgn ketentuan Allah.

bak kata ust Hasrizal
"melihat perkahwinan sebagai medan utk menerima menjadikan kita sering gelisah dan meminta2. tetapi jika melihat perkahwinan sebagai medan utk memberi akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan bukan hak yg tidak berkesudahan"

tapi berjalan2 di blog membaca nukilan2 org, tertearik satu ayat ni: walau serapi mana pun persiapan yg kita lakukan ujian Allah dtg tanpa kita duga. beramal soleh lah sentiasa semoga dipermudahkan Allah dlm mengharungi ombak laut perkahwinan. :)

p/s: alhmdulillah Allah membuka pintu hati ini utk melihat sesuatu yg dahulu aku sering kabur atau buta dalam melihat. ada hikmah perpisahan ini~ mencelikkan dan membuta mata hati yg sering kali lalai.

~semoga Allah redha~ =)

No comments:

Post a Comment